Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, January 23, 2013

POWER PUMPING


Assalamualaikum...

Kalau anda ibu menyusu, anda mesti biasa mendengar istilah POWER PUMPING. Apa sebenarnya power pumping? Ia adalah kaedah untuk meningkatkan production susu untuk ibu-ibu yang mungkin mempunyai masalah production susu. Selain itu, antara mereka yang sesuai menggunakan kaedah ini ialah:


  • Ibu yang cuba menyusu anak angkatnya
  • Ibu yang terpaksa buat stok susu yang banyak dalam tempoh yang singkat kerana ke out station, atau terpaksa menjalani pembedahan
  • Ibu yang relactation. Mungkin anaknya sudah berhenti menysu selama beberapa bulan dan ibunya mengambil keputusan untuk menyusu kembali
  • Expressing Pumping mother (saya pernah melalui fasa ini)..baby yang dilahirkan tidak ingin menyusu secara terus, sebaliknya menggunakan botol yang diisi dengan susu badan.

Kaedah POWER PUMPING

Kaedah ini boleh digunakan sama ada anda menggunakan teknik perahan menggunakan tangan, pam manual, pam elektrik single, mahupun pam elektrik double. Sekiranya anda menggunakan tangan untuk memerah, anda boleh perah selama 10 minit di sebelah kanan, kemudian berhenti selama sepuluh minit, dan kemudian perah lagi di sebelah kiri selama sepuluh minit. Ulangi step tersebut sehingga satu jam. Begitu juga dengan pam manual mahupun electric single pump.

Kalau menggunakan electric double pump seperti MEDELA FREESTYLE, anda boleh memerah secara serentak selama sepuluh minit. Berhenti selama sepuluh minit dan kemudian sambung pam lagi selama sepuluh minit sehinggalah satu jam.

Kaedah ini sangat disarankan untuk dilakukan sekurang-kurangnya sekali sehari. Waktu terbaik adalah ketika di awal pagi, dari jam 1 atau 2 pagi sehinggalah subuh kerana ketika waktu ini, hormon prolaktin sedang meningkat. Tetapi harus diingat, ketika di peringkat permulaan mencuba POWER PUMPING, bukanlah susu ada atau bertambah secara mendadak. Ia mengambil masa. In Shaa Allah, sekiranya istiqamah, rezeki untuk baby ada…


collection of breastmilk..WOW!!!!!!


Tips penting POWER PUMPING

  •                    Sentiasa sabar dan istiqamah
  •                    Dapatkan pam yang sesuai dan tidak menyakitkan
  •                    Minda harus positif dan dalam keadaan yang tenang. Tidak melakukannya ketika sedang rushing
  •          Amalkan doa dan zikir supaya sentiasa tenang dan dikurniakan kemudahan sepanjang proses     penyusuan
  •                  Dapatkan vitamin-vitamin dan MILK BOOSTER YANG SESUAI
Harap pesanan ini bermanfaat dan kita semua Berjaya memberikan yang terbaik untuk anak kita…Amin


Berminat untuk mencuba?
pm/whatsapp/sms ke 014 669 2610 (maria awi)

No comments:

Post a Comment