Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, December 14, 2012

Sunday, September 2, 2012

TIPS BANYAKKAN SUSU BADAN


As-salam semua ibu menyusu…

Hari-hari yang dilaui terasa hebat apabila kita BERJAYA menyusukan anak kan?Itu antara nikmat yang tidak terucap apabila kita menyusu bayi. Bonding yang tercipta antara kita dan baby sangat erat di ketika itu. Syahdu sungguh apabila melihat anak kita yang kita tatang kekenyangan menghirup titisan lazat sehingga tertidur di pangkuan kita.Sungguh besar kuasa Allah kan…Itulah rasa seorang ibu. Mana mungkin dapat diungkap oleh seseorang yang tidak bergelar ibu.

Namun, mungkin kepada bakal ibu ada sedikit kerisauan bagaimana mahu ‘meriahkan’ susu sehingga anak kita mencecah dua tahun. Juga buat ibu yang sedang rancak menyimpan stok. Mungkin ada juga sekarang sedang tercari-cari tips menambah susu. Benar, rezeki yang Allah bagi tidak sama antara seorang ibu dengan ibu yang lain. Tapi kita sebagai ibu, berhak mencuba yang terbaik untuk memberi yang terbaik kepada anak kita kan..?

Tidak mahu mengulas panjang, ini saya sertakan tips & panduan ‘meriahkan’ susu untuk anda praktikkan. Kebanyakannya saya perolehi dari sumber susuibu.com; baby center Malaysia, kawan2 blog serta dari pengalaman sendiri ketika menyusu dulu:

  1.       Untuk ibu yang sudah memulakan tugas sesudah pantang, pemilihan pam adalah sangat penting untuk memastikan susu anda sentiasa maintain. Pilih yang tahan lama dan tidak menyakitkan. Jangan rasa rugi dengan pelaburan kita dalam pembelian pam kerana kita akan gunakan lagi pam tersebut untuk anak2 yang seterusnya. Seboleh mungkin anda cuba pam sekurang-kurangnya 3 kali sepanjang berada di ofis. Jangan lupa bekalkan juga gadget2 yg berkaitan untuk memudahkan anda menyimpan dan membawa pulang susu2 yang telah diperah. Selain itu, fikiran yg tenang & +ve SANGAT diperlukan sepanjang proses mengepam. Boleh juga anda berzikir memuji Allah, melihat klip video & gambar anak kesayangan anda. Bila anda happy semasa sesi mengepam, insyaAllah susu akan mencurah2 keluar

    2.   Untuk ibu yang sudah memulakan tugas sesudah pantang, pemilihan pam adalah sangat penting untuk memastikan susu anda sentiasa maintain. Pilih yang tahan lama dan tidak menyakitkan. Jangan rasa rugi dengan pelaburan kita dalam pembelian pam kerana kita akan gunakan lagi pam tersebut untuk anak2 yang seterusnya. Seboleh mungkin anda cuba pam sekurang-kurangnya 3 kali sepanjang berada di ofis. Jangan lupa bekalkan juga gadget2 yg berkaitan untuk memudahkan anda menyimpan dan membawa pulang susu2 yang telah diperah. Selain itu, fikiran yg tenang & +ve SANGAT diperlukan sepanjang proses mengepam. Boleh juga anda berzikir memuji Allah, melihat klip video & gambar anak kesayangan anda. Bila anda happy semasa sesi mengepam, insyaAllah susu akan mencurah2 keluar..

    3.   Minum air kosong dengan banyak. Jika senang nak measure, anda beli botol air yg 2 liter. Pagi anda isi penuh, tengahari anda isi penuh lagi. Jadi sepanjang di ofis, anda dah minum 4 liter. Anda x suka minum air masak?hmmm,kalau boleh jangan beralasan seperti itu agar anak anda puas menyusu dgn anda. Perlu diingatkan, air yang saya sebutkan tadi tidak termasuk air teh tarik yang anda minum ketika breakfast, sirap limau ketika lunch yaaa…

    4.   Cuba amalkan makanan2 yang boleh meningkatkan kualiti & kuantiti susu. Sebagai contoh, lobak putih, barli, oats, kurma, longan,jantung pisang, halba, kismis, susu. Resepi yang selalu saya buat adalah lai che kang. Saya rebus longan kering &  barli. Letak sket gula melaka. Kalau nak campur kurma,kismis pun ok. Pernah juga buat kurma+kismis shake. Hmm, selain sedap, boleh juga tambah susu. Namun kesannya berlainan untuk setiap individu. Yang penting anda cuba ye. Selain itu, amalkan pemakanan seimbang juga. Elakkan dari minum air  bergas dan makanan segera.

    5.   Minda haruslah sentiasa positif. Sentisa menghantar getaran rasa ke minda anda bahawa susu anda banyak. Banyakkan berdoa & manambah ilmu mengenai penyusuan.

    6.   Sokongan & galakan daripada orang terdekat seperti suami, ibu bapa, ibu bapa mentua dan orang di sekitar kita. Sekiranya ada yang kondem, beritahu mereka kebaikan susu badan secara berhemah. Kaitkan dengan keluhuran dan kecantikan akhlak Rasulullah saw yang juga menyusu genap 2 tahun. Elakkan stress ye…