Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, April 22, 2014

Cara Mudah Untuk Hamil

Assalamualaikum wbt..
Salam Sejahtera..

"Akak, dah 4 tahun saya mencuba..masih takde rezeki"
"Dah cek semua ngan doktor, semua ok. tak tahu kat mana lagi silapnya"
"Masa anak pertama dulu senang lekat, kenapa la anak kedua ni tak jugak lekat.Hampir setahun dah ni mencuba"

Rintihan demi rintihan dan kebanyakannya dari kaum wanita. Alhamdulillah zaman sekarang, kaum lelaki tidaklah terlalu mendesak nakkan baby. Kebanyakan customer yang saya kendalikan mengatakan suami mereka sangat supportive. Suami turut menjalani ujian kesuburan. Tetapi masing-masing bukan menyerah sahaja, tetapi keep on mencari info-info berkaitan cara mudah hamil.

Jom saya kongsikan antara tips cara mudah hamil.
  • Semak semula berat ideal anda. Adakalanya berat badan seseorang mempengaruhi kesuburan seseorang. Masalah obesiti menghasilkan hormon tertentu yang menyukarkan ovulasi dan mengganggu kesuburan
  • Makan makanan yang berkhasiat. Tak lupa juga ambil sekali protein sihat dan juga zinc bagi meningkatkan tahap kesuburan. Protein
  • Sila berhenti merokok jika anda ialah suami atau isteri yang merokok
  • Berhenti meminum minuman beralkohol
  • Wajib tahu bila waktu subur anda. 
  • Banyakkan masa bersama pasangan. Apabila sentiasa bersama, sistem badan akan faham bahawa anda sedang cuba untuk hamil.
  • Banyakkan berdoa kepada Allah. Pohon daripada Allah agar dikurniakan anak yang soleh dan solehah

Tuesday, April 8, 2014

Cara Nak Dapat Baby Boy

Assalamualaikum wbt..
Salam Sejahtera..

Memandangkan anak pertama dan kedua saya ialah perempuan, dah tiba masanya menggali ilmu bagaimana cara nak dapat bayi lelaki pulak. Aleesya pun dah tiga tahun lebih, dah cukuplah waktu berehat. Kena fikirkan cara nak tambah generasi pulak. Umur pun dah makin senja..Hihi..

Untuk hari ni, saya rangkumkan pencarian saya dalam satu artikel. Saya abadikan dalam blog supaya boleh menjadi rujukan untuk saya dan jugak anda semua.

Kromosom

Menurut Dr Hamid Arshat, para suami menghasilkan kromosom jenis X dan Y manakala isteri menghasilkan kromosom jenis X. Gabungan XX akan menghasilkan anak perempuan dan gabungan XY akan menghasilkan anak lelaki.

Kromosom X - jangka hayat lebih lama, kuat dan tahan dalam keadaan berasid dan bergerak perlahan
Kromosom Y- jangka hayat lebih singkat, laju dan tahan dalam keadaan beralkali

Tips Nak Dapatkan Baby Boy [XY]

  • Lebihkan memakan makanan yang berasid seperti limau, nanas, mangga dan cuka
  • Elakkan meminum air bergas sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum mencuba
  • Lebihkan memakan seafood, zat-zat logam kalsium dan magnesium
  • Bersama ketika waktu subur iaitu pada hari penetasan telur berlaku
  • Tukarkan cairan faraj kepada alkali dengan melakukan 'douching' atau basuh faraj dengan satu alat khas dengan cara memasukkan cecair bikarbonat ke dalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum bersama. Cecair bikarbonat boleh dibeli dari farmasi
  • Selepas bersama, isteri boleh tidur mengiring ke belah kanan. Minta izin suami jika anda membelakangkan suami. 

Kalendar Kesuburan

Kalendar kesuburan yang dikongsikan ini boleh digunakan khususnya jika anda mempunyai haid yang tetap.

Hari Haid : 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 (10hari)
Hari Subur (Anak Lelaki): 11,12,13,14,15,16,17 (7 hari)
Hari Subur (Anak P’puan): 18,19,19,20,21,22,23 (7 hari)
Hari Tidak Subur: 24,25,26,27,28,29,30 (7 hari)


Berdasarkan kalendar diatas anda boleh sesuaikan dengan tarikh terakhir haid anda bagi mendapatkan tarikh yang sesuai untuk bersama suami bagi mendapatkan anak lelaki atau perempuan.

Sekiranya haid anda jatuh pada 23hb, maka sesuaikan dengan kalender tersebut di atas. Tulislah tarikh tersebut dengan tulisan kecil di bahagian atas kelender tersebut, supaya anda mendapat tarikh yang sebenar untuk bersama suami.

Walaupun masa haid anda hanya selama 6 atau 7 hari, tetapi telur akan mula berfungsi selepas hari ke 10.

Jadi pada hari ke 11 hingga 17 anda di dalam keadaan subur yang amat sangat dan kemungkinan untuk mendapat anak lelaki adalah cerah.

Mulai tarikh 18 hingga 23, adalah hari-hari untuk mendapatkan anak perempuan. Untuk itu, saya sarankan agar anda menggunakan masa (tarikh) ini sebaik mungkin untuk mendapatkan anak perempuan.

Bila tiba pada hari tidak subur di atas 24 hingga 25 (lagi seminggu nak period) puan akan rasa sakit2 badan, sakit kepala dan moody. Itu salah satu tanda puan akan didatangai haid dalam masa seminggu dan masa haid semula akan jatuh pada 30hb (selalunya akan tercepat atau selewat sehari)dari tarikh period terakhir.
Tips-tips dan saranan di atas hanyalah sebagai panduan. Teknik-teknik yang dikongsikan bukanlah tepat 100% kerana semuanya kuasa Allah. Tetapi tidak salah mencuba. Mana tahu Allah lihat usaha kita kan?




OK...kepada anda yang nak sangat baby, tetapi masih belum ada rezeki,jom baca info ni. Mana tahu dengan cara ni anda berpeluang untuk hamil. 



                                     



Tuesday, April 1, 2014

Cara Mendaftar Shaklee dan Kelebihan Jadi Ahli Shaklee

Assalamualaikum wbt..
Salam Sejahtera..

Rasanya Shaklee memang dah menjadi fenomena kelas atasan untuk perniagaan online. Alhamdulillah. Yang paling saya suka, produk Shaklee ialah produk yang stabil. Jika anda terlibat dalam bisnes Shaklee, anda tak perlu risau tentang trend produk. Maksud saya, orang ramai memang percaya mengenai produk Shaklee dari dulu dan sehingga sekarang dan in shaa Allah akan terus berpanjangan. Tidak seperti sesetengah produk yang sekejap tenggelam dan sekejap timbul. Bila dah tak stabil macam tu, kita jadi penat tertunggu-tunggu trend yang baru. Produk yang dah ketinggalan zaman tu menjadi tukun pulak kat rumah kerana tiada lagi permintaan.

Sama seperti saya sendiri yang telah pun melakukan bisnes online sejak 2008. Pelbagai benda saya jual. Dari barang-barang penyusuan, pakaian, kain pasang, baju kurung..tapi ianya sekadar bisnes sampingan yang tidak pernah beri saya kestabilan dalam kewangan. Berbeza sangat dengan Shaklee kerana kita boleh dapat 2 sumber kewangan. Bonus dari syarikat dan untung runcit. Bayangkan saya menjalankan bisnes sejak 2008 tetapi masih belum bersedia melepaskan jawatan sebgai jurutera. Dengan Shaklee, setahun sahaja mencuba, saya yakin untuk melepaskan jawatan kerana saya tahu Shaklee boleh beri lebih dan pendapatan makksimum sehingga menjangkau puluhan malahan ratusan ribu sebulan. 

Sebab itu ramai sangat yang makin berminat untuk menjadi ahli Shaklee dan ingin mengetahui apa kelebihannya apabila sudah menjadi ahli. Tetapi ada sesetengahnya tidak tahu bagaimana nak jadi ahli. Jadi hari ni saya akan kongsikan caranya ye.

Cara Jadi Ahli Shaklee

Ada dua cara untuk menjadi ahli Shaklee
  • Anda boleh buat bayaran sebanyak RM75 sebagai yuran keahlian seumur hidup. Dengan RM75 (termasuk RM10 postage) anda akan diberikan member kit yang mengandungi info produk, katalog dan juga sistem bisnes Shaklee. Tiga perkara ni sangatlah penting sekiranya anda ingin berbisnes secara serius bersama Shaklee.
  • Jika anda pengguna tegar Shaklee, ada caranya untuk anda mendapat keahlian Shaklee secara percuma. Caranya seperti di bawah:
    1. Buat belian baragan Shaklee yang anda biasa guna sekurang-kurangnya RM650 atau bersamaan 200UV. Jika rasa seperti amonut RM650 banyak, anda boleh tanyakan kawan-kawan atau saudara mara dan kumpul order dari mereka. 
    2. Atau pun jika anda sememangnya menggunakan Vivix secara rutin, buat belian sebanyak 2 botol dalam satu resit, anda akan dapat keahlian percuma. 
    3. Atau jika anda pengguna tegar kolagen, buat belian sebanyak 3 kotak, anda akan dapat keahlian percuma. 

  • Dengan belian sebanyak 200UV ini, anda berpeluang pula mendapat bonus sebanyak RM30+ pada bulan hadapan. Bermakna anda jimat lebih RM100 tau..Yuran keahlian (RM75) dan juga cash bonus (RM30+). Jadi untung sesangat..

    Bila hati dah nekad nak join Shaklee, apa yang perlu dibuat? 



    Anda hanya perlu hubungi saya samada pm di FB (Maria Awi) atau pun sms/whatsapp saya di 0146692610. Selepas membuat bayaran, anda hanya perlu berikan detail berkaitan dan saya akan register keahlian secara online. Mudah saja. Hanya selepas beberapa minit, anda akan mendapat ID Shaklee yang aktif. Mudah je kan?

                                                       



    Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee

    • Berkuatkuasa tahun 2014, semua ejen Shaklee wajib menjual produk Shaklee dengan harga retail kepada pelanggan yang bukan ahli. Maka, secara tidak langsung untung runcit setiap produk Shaklee boleh menjangkau lebih kurang 30% untuk satu-satu produk. 
    • Shaklee menawarkan 3 C kepada semua ejennya. Cash bonus, Car bonus & Convention Bonus. Cash bonus akan diberikan setiap pertengahan bulan berdasarkan pencapaian bulanan masing-masing. Banyak jualannya, makin banyak la cash bonus sehingga boleh mencapai 5 hingga 6 angka tau. Saya dah rasa 5 angka, sekarang berusaha untuk mencapai cash bonus 6 angka.
    • Selain Cash bulanan setiap bulan, ejen juga diberi keistimewaan untuk grab Car Bonus dan juga Convention Bonus. Alhamdulillah, saya telah merasai ketiga-tiga C yang Shaklee tawarkan ni. Syukur sangat-sangat.
    • Jika anda sertai Shaklee dengan kumpulan yang TEPAT, sudah tentu anda akan dididik dengan tepat bagaimana caranya untuk membuat bisnes dengan cara yang tepat. Apabila melakukan bisnes dengan cara yang tepat, maka mudahlah untuk anda menambah pendapatan dari sebulan ke sebulan. Dalam Shaklee, increament bulanan sebanyak seribu atau lebih dari seribu adalah perkara biasa. Sudah tentu anda tidak berpeluang memperolehinya sekiranya anda bekerja makan gaji.
    • Berpeluang menunaikan Umrah atau pun International trip secara VVIP treat. Bayangkan jika kita menunggu giliran dengan Tabung Haji, tak tahulah tahun berapa baru berpeluang untuk ke Mekah. Tetapi dengan Shaklee, Umrah anda fully sponsored by Shaklee. Duit bonus bulanan pula anda boleh simpan dan buat tabungan untuk ke Mekah. Tidak mustahil dengan Shaklee anda dapat menunaikan haji ketika usia muda. Selain Umrah, Shaklee juga menawarkan pelancongan kelas VVIP di luar negara. Lokasi untu tahun 2015 ialah Italy. Jadi tak rugi langsung jika anda bermula tahun ini dan tahun depan berpeluang jejakkan kaki ke Italy.
    • Bila berada dalam kumpulan yang tepat, anda tidak akan dibiarkan terkontang-kanting tanpa arah tujuan. Kumpulan kami benar-benar komited dalam membantu orang lain mendapat apa yang kami dapat ketika ini. Tunjuk ajar diberikan tanpa mengira waktu tetapi jangan risau, semuanya secara online sahaja. Sesekali terdapat seminar yang dianjurkan tetapi ianya lebih bersifat kekeluargaan dan optional kepada yang mahu hadirkan diri. Kebiasaanya terdapat juga aktiviti untuk anak-anak ketika ibu bapa kusyuk berseminar kerana tidak mahu kanak-kanak yang hadir keboringan. Sehinggakan panel seminar seperti Amin Idris (TV Al Hijrah) cakap seminar kami dah macam hari keluarga Shaklee.
    • Bisnes yang bukan sahaja dimonopoli oleh wanita. Suami juga dilibatkan sama. Dalam kumpulan saya, para suami juga mempunyai kumpulan khas untuk memastikan mereka faham kehendak, situasi dan target yang perlu dicapai oleh isteri mereka.
    • Seperti yang saya nyatakan di atas, Shaklee ialah satu platfrom bisnes yang sangat stabil. Ianya bukan fenomena sementara seperti produk-produk yang lain. Ianya digunakan sejak 50 tahun yang sudah sehingga sekarang, Terbukti secara klinikal dan halal menjadikan orang ramai tidak gusar untuk menggunakannya.
                                               

    Kerana kelebihan-kelebihan inilah makin ramai berpusu-pusu untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee. Jika anda juga salah seorang yang sangat teruja nak mendaftar, jangan lupa untuk hubungi akak melalui facebook atau terus sms/whatsapp 0146692610.

    Sejurus anda menjadi ahli Shaklee, saya terus serapkan anda dalam kumpulan khas kami. mari menjana impian dan harapan bersama Shaklee.


    Tuesday, March 18, 2014

    Punca Kanak-Kanak Demam Berpanjangan Dan Cara Atasi

    Assalamualaikum wbt..
    Salam Sejahtera..       

    Sebagai seorang ibu bapa yang prihatin kepada tahap kesihatan anak-anak, kita sememangnya mudah risau apabila anak mengalami demam atau apa jua penyakit yang lain. Lebih-lebih lagi jika anak tersebut sakit berpanjangan dan tidak lagi aktif seperti biasa. Justeru, ibu bapa akan melakukan segala yang terbaik demi memastikan tahap kesihatan anak sentiasa berada dalam keadaan memuaskan.

    Baru-baru ini, akak mendapat satu persoalan daripada pelanggan yang mencari vitamin untuk anaknya kerana anaknya sentiasa demam berpanjangan. Sihat sekejap, kemudian demam lagi. Kemudian, akak bertanya samada anaknya dihantar ke taska atau tidak. Jawapan ibu muda itu ya. Sebenarnya ia sesuatu yang normal sekiranya anak anda dihantar ke taska sering sakit lebih-lebih lagi jika anak anda kekurangan daya imunisasi badan. 

    Perlukah Risau Jika Kanak-Kanak Demam 

    Menurut Dr Zubaidi, doktor perubatan yang terkenal di Malaysia, demam bukanlah satu penyakit. Ianya sebagai indicator bahawa ada sesuatu yang berlaku kepada anak tersebut. Sebagai contoh jika anak anda mengalami sakit gigi, secara automatik anda anda juga akan demam kerana perubahan fisiologi. Perubahan fisiologi mungkin disebabkan faktor luaran seperti kurang minum air atau cuaca yang panas dan boleh juga anak anda sedang melawan jangkitan bakteria atau virus. Antibodi anak anda akan lebih tinggi daripada sebelumnya selepas pulih dari demam.


    Sebagai langkah selamat, anda perlu mengawasi perubahan suhu badan anak anda secara kerap. Sebaiknya anda menyimpan thermoter di rumah. Paling bagus jika anda mempunyai ear thermometer untuk mengambil suhu di bahagian rongga telinga. Sekiranya anak anda demam tetapi masih lagi aktif dan boleh bermain, anda tidak perlu risau dan tidak perlu memberi ubat demam atau antibiotik. Tetapi sekiranya demam berpanjangan dan anak anda sentiasa menangis,merengek dan tidak aktif, anda boleh ambil langkah segera dengan membawa anak anda ke klinik atau hospital. 


    Cara Atasi Demam

    Seperti yang disarankan oleh Dr Zubaidi, anak yang berumur kurang dari dua bulan tidak digalakkan untuk mengambil ubat demam. Anda boleh basahkan tuala kecil dengan air suam dan lapkan badan anak anda selama 30 minit. Elakkan membasahkan tuala dengan air sejuk kerana dikhuatiri anak anda akan menggigil kesejukan. Kaedah ini juga boleh digunakan untuk mengawal suhu anak anda yang berumur lebih dari dua bulan.

    Bagi ibu yang menyusu badan anak anda, selalunya antibodi anak anda akan lebih tinggi berbanding anak yang tidak menyusu badan. Walaubagaimana pun, tidak bermakna anak yang menyusu badan langsung tidak terkena sebarang penyakit. Demam atau penyakit lain yang menyerang anak anda adalah satu proses biasa untuk membina antibodi anak anda secara natural. Oleh itu, sekiranya anak anda demam, anda boleh menyusu anak anda dengan lebih kerap. Lebih bagus sekiranya ibu menyusu mengambil vitamin kesihatan bagi memastikan anak anda juga dapat menyerap kebaikan nutrisi melalui susu badan.

    Bagi anak anda yang sudah pun berumur satu tahun atau ke atas, anda boleh memberikan supplement kesihatan khas untuk kanak-kanak. Pilih vitamin yang mampu menguatkan antibodi kanak-kanak seperti Omega Guard, Nutreferon dan Chewable Vitamin C daripada Shaklee. Ketiga-tiga vitamin ini mampu mengurangkan kemungkinan kanak-kanak dari terkena sebarang penyakit terutama terutama jika anak anda ditinggalkan di taska ketika anda keluar bekerja.

    Daripada pengalaman akak sendiri, Qistina dan Aleesya jarang sangat demam atau terkena penyakit lain setelah mengamalkan ketiga-tiga vitamin yang dicadangkan di atas.

    Sebelum mengakhiri entry ini, suka akak kongsikan satu video youtube ketika Aleesya sedang menikmati Omega Guard & Chewable Vitamin C. Dia sangat sukakannya seolah-olah dua vitamin ini ibarat gula-gula pada dia.


                                                     

    Energizing Soy Protein Shaklee

    Weeeeeeeeehuuuuuu….

    Bulan ni excited sana sini cerita tentang ESP…
    Mana taknya…ESP satu canister sangat banyak fungsi tau bila digabungkan dengan vitamin lain.

    ✿Bila digabung bersama VITAMIN E = membantu masalah kulit yang kusam, eye bag dan lebam bawah mata. Amazingly, bukan hanya kulit wajah yang makin flawless, kulit tumit kaki yang kasar berduri pun boleh licin semula tau.Try it….saya dah cuba amalkan secara konsisten dan ia sememangnya menjadi!!!

    ✿ Bila digabung bersama ALFALFA = membantu masalah penyusuan para ibu. Bagaimana ia membantu? Tentu sekali sebagai pemberi sumber protein utama yang akan menjadi komposisi utama susu badan. Alfalfa membantu sebagai milk booster yang membantu membanyakkan susu. Gabungan kedua-dua vitamin ini sudah tentu memberi tenaga segera dan berpanjangan bagi sesetengah ibu yang letih menyusu.

    ✿ Bila digabung bersama OSTEMATRIX = melegakan masalah migrain. Tahukah anda, antara penyebab migrain adalah disebabkan kekurangan magnesium di dalam badan? Ostematrix adalah supplement yang bersumberkan kalsium dan magnesium. Jadi elok sangatlah penderita migrain ambil set migrain

    ✿ Bila digabung bersama VITALEA = terhasillah supplement superb yang memberi tenaga berpanjangan kepada ibu hamil. Highly recommended kepada  ibu hamil yang mempunyai DIABETIS kerana set ini mampu mengawal paras gula, ibu hamil yang ada bacaan HB yang rendah dan ibu hamil yang banyak sangat tanggungjawab sehingga badan merasa letih tak bermaya.

    ✿ Bila digabung bersama GLA COMPLEX = khas buat wanita yang telah lama menunggu kehadiran penyeri rumahtangga. GLA membantu menghasilkan lendiran kesuburan dan ESP membantu perlekatan telur-telur yang dihasilkan. Peluang untuk sperma menuju ke arah telur-telur ini dan bersenyawa menjadi lebih tinggi. Juga bagus untuk wanita yang telah banyak kali keguguran akibat rahim yang lemah.

    ✿ Bila digabung bersama PEPPERMINT GINGER PLUS = Bagi penderita gastrik, anda tentu tahu betapa peritnya apabila sakit menyerang. Ambil ESP sebelum makan dan rasailah perbezaan. Tentu sekali tiada lagi pedih perut. Ditambah pula dengan 2 biji peppermint selepas makan, tentu sekali perut tidak dimasuki angin dan sentiasa nyaman.

    ✿ Bila digabung bersama OMEGA GUARD = sesuai diambil ibu hamil bagi membekalkan kandungan omega, DHA & EPA kepada bayi dalam kandungan. Hasilnya?? Pengambilan fish oil sememangnya digalakkan dan telah sekian lama diamalkan oleh kaum paling bijak di dunia. Bayi anda berkemungkinan akan lebih bijak dan mempunyai IQ yang tinggi. Dengan izin Allah jua…

    ✿ Bila digabung bersama ZINC = hasilnya rambut hitam lebat, tiada masalah hujung rambut bercabang atau masalah keguguran rambut. Protein yang terdapat di dalam ESP membantu menguatkan folikel-folikel rambut yang menghalang daripada putus atau gugur. Dan kekurangan zinc sememangnya antara punca rambut bermasalah.

    ✿ Bila digabung bersama MEALSHAKES = bagus untuk anda yang sedang tercari-cari set weight gain. Gabungan keduanya memang membantu anda menaikkan berat badan dengan cara yang sihat. Bukan berat naik dengan lemak atau kolestrol yea..tetapi berat dengan otot yang menjamin kesihatan berpanjangan

    ✿ Bila digabung bersama PERFORMANCE DRINK = cuba shake kedua minuman ini bersama. Tambah ais maka memang menyegarkan. Bagi anda yang kerap bertugas sehingga lewat malam, pemandu teksi atau pekerja shift, anda wajib ambil kedua minuman ini. Selain menyegarkan,  ia juga memberi tenaga segera dan berpanjangan.

    ✿ Bila digabung bersama CINCH = Bertindak sebagai meal replacement. ESP ambil sebagai breakfast, CINCH sebagai dinner. Seminggu dah boleh nampak kesan positif. Cara menurunkan berat dengan selamat tanpa menggeleberkan bahagian badan anda. Otot anda masih terjaga walaupun berat dah turun. Bermakna hanya lemak dan kolestrol yang telah tiada.

    ✿ Bila digabung bersama KOLAGEN = Ni baru dikatakan set gebu gebas. Bila kedua ni bergabung, fungsi dah jadi macam botox dah, Tetapi cara halal dan tidak menyakitkan malah sedapppp…. Ambil secara konsisten, dan rasai perbezaan kulit wajah dan keanjalan mana-mana parts pada badan anda. Confirm suami jatuh cinta buat kali yang ke berapa ntah…hihi




    Best kan ESP ni??? Hanya mereka yang dah guna mengetahui kehebatan ESP the marvellesss..
    Bayangkanlah jika anda ada masalah kulit wajah, rambut gugur dan dalam masa yang sama menyusu dan ada gastrik, satu canister dah boleh settlekan masalah-masalah anda.
    Lebih jimat lagi jika anda buat belian bulan ni..

    Untuk dapatkan Combo ESP super best ni…
    Hubungi Maria|0146692610 (whatsapp/sms)