Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, January 23, 2013

Kaedah Marmet Untuk Ibu Menyusu


Assalamualaikum semua 

Apa khabar anda semua hari ni..harap-harap semua bersemanagt ye sempena bulan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. 

Hari ni akak [dah tukar title seiring dengan penigkatan usia ;) ] nak ceritakan satu teknik memerah susu yang agak glemer di kalangan ibu menyusu. Ia adalah kaedah MERMET..iaitu kaedah memerah susu dengan menggunakan tangan. Akak memang minat kaedah ini sebab hanya perlu pastikan tangan dalam keadaan bersih. Pump parts tak ada kena mengena...hehe...Lagipun teknik ni banyak akak gunakan untuk anak akak yang no 2 sebab akak expressing mom waktu tu :). 

Akak nak cerita lebih-lebih pun tak pandai sangat sebab ia melibatkan paraktikal. Apa yang akak boleh kongsikan sebelum memulakan kaedah ini, sebaiknya sediakan satu tuala bersih sebab susu mungkin terpercik keluar dari kawasan tadahan susu (macam geografi pulak). Selain itu, urut payudara dulu sebelum memulakan sesi memerah. Dan paling penting, jangan menolak ke atas dan ke bawah ibu jari, boleh sebabkan kulit melecet jika anda kerap menggunakan kaedah ini. 

Kesimpulan dari teknik ini, agak lenguh di bahagian tulang belakang, namun sangat berpuas hati apabila melihat hasilnya. Bab sakit tulang belakang tu, boleh amalkan INI. Amat membantu. 

Untuk lebih pencerahan mengenai kaedah ini, akak bagi link youtube untuk anda belajar ye. Mungkin agak sensored, tetapi tanamkan adalam fikiran, ia untuk pembelajaran.

VERSI REAL

No comments:

Post a Comment