Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, April 22, 2014

Cara Mudah Untuk Hamil

Assalamualaikum wbt..
Salam Sejahtera..

"Akak, dah 4 tahun saya mencuba..masih takde rezeki"
"Dah cek semua ngan doktor, semua ok. tak tahu kat mana lagi silapnya"
"Masa anak pertama dulu senang lekat, kenapa la anak kedua ni tak jugak lekat.Hampir setahun dah ni mencuba"

Rintihan demi rintihan dan kebanyakannya dari kaum wanita. Alhamdulillah zaman sekarang, kaum lelaki tidaklah terlalu mendesak nakkan baby. Kebanyakan customer yang saya kendalikan mengatakan suami mereka sangat supportive. Suami turut menjalani ujian kesuburan. Tetapi masing-masing bukan menyerah sahaja, tetapi keep on mencari info-info berkaitan cara mudah hamil.

Jom saya kongsikan antara tips cara mudah hamil.
  • Semak semula berat ideal anda. Adakalanya berat badan seseorang mempengaruhi kesuburan seseorang. Masalah obesiti menghasilkan hormon tertentu yang menyukarkan ovulasi dan mengganggu kesuburan
  • Makan makanan yang berkhasiat. Tak lupa juga ambil sekali protein sihat dan juga zinc bagi meningkatkan tahap kesuburan. Protein
  • Sila berhenti merokok jika anda ialah suami atau isteri yang merokok
  • Berhenti meminum minuman beralkohol
  • Wajib tahu bila waktu subur anda. 
  • Banyakkan masa bersama pasangan. Apabila sentiasa bersama, sistem badan akan faham bahawa anda sedang cuba untuk hamil.
  • Banyakkan berdoa kepada Allah. Pohon daripada Allah agar dikurniakan anak yang soleh dan solehah

1 comment:

  1. ye betul tu..
    selamat berusaha bg yg masih berusaha..
    Allah ada pasti Allah drngar apa yg kita minta..

    ReplyDelete