Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, March 18, 2014

Punca Kanak-Kanak Demam Berpanjangan Dan Cara Atasi

Assalamualaikum wbt..
Salam Sejahtera..       

Sebagai seorang ibu bapa yang prihatin kepada tahap kesihatan anak-anak, kita sememangnya mudah risau apabila anak mengalami demam atau apa jua penyakit yang lain. Lebih-lebih lagi jika anak tersebut sakit berpanjangan dan tidak lagi aktif seperti biasa. Justeru, ibu bapa akan melakukan segala yang terbaik demi memastikan tahap kesihatan anak sentiasa berada dalam keadaan memuaskan.

Baru-baru ini, akak mendapat satu persoalan daripada pelanggan yang mencari vitamin untuk anaknya kerana anaknya sentiasa demam berpanjangan. Sihat sekejap, kemudian demam lagi. Kemudian, akak bertanya samada anaknya dihantar ke taska atau tidak. Jawapan ibu muda itu ya. Sebenarnya ia sesuatu yang normal sekiranya anak anda dihantar ke taska sering sakit lebih-lebih lagi jika anak anda kekurangan daya imunisasi badan. 

Perlukah Risau Jika Kanak-Kanak Demam 

Menurut Dr Zubaidi, doktor perubatan yang terkenal di Malaysia, demam bukanlah satu penyakit. Ianya sebagai indicator bahawa ada sesuatu yang berlaku kepada anak tersebut. Sebagai contoh jika anak anda mengalami sakit gigi, secara automatik anda anda juga akan demam kerana perubahan fisiologi. Perubahan fisiologi mungkin disebabkan faktor luaran seperti kurang minum air atau cuaca yang panas dan boleh juga anak anda sedang melawan jangkitan bakteria atau virus. Antibodi anak anda akan lebih tinggi daripada sebelumnya selepas pulih dari demam.


Sebagai langkah selamat, anda perlu mengawasi perubahan suhu badan anak anda secara kerap. Sebaiknya anda menyimpan thermoter di rumah. Paling bagus jika anda mempunyai ear thermometer untuk mengambil suhu di bahagian rongga telinga. Sekiranya anak anda demam tetapi masih lagi aktif dan boleh bermain, anda tidak perlu risau dan tidak perlu memberi ubat demam atau antibiotik. Tetapi sekiranya demam berpanjangan dan anak anda sentiasa menangis,merengek dan tidak aktif, anda boleh ambil langkah segera dengan membawa anak anda ke klinik atau hospital. 


Cara Atasi Demam

Seperti yang disarankan oleh Dr Zubaidi, anak yang berumur kurang dari dua bulan tidak digalakkan untuk mengambil ubat demam. Anda boleh basahkan tuala kecil dengan air suam dan lapkan badan anak anda selama 30 minit. Elakkan membasahkan tuala dengan air sejuk kerana dikhuatiri anak anda akan menggigil kesejukan. Kaedah ini juga boleh digunakan untuk mengawal suhu anak anda yang berumur lebih dari dua bulan.

Bagi ibu yang menyusu badan anak anda, selalunya antibodi anak anda akan lebih tinggi berbanding anak yang tidak menyusu badan. Walaubagaimana pun, tidak bermakna anak yang menyusu badan langsung tidak terkena sebarang penyakit. Demam atau penyakit lain yang menyerang anak anda adalah satu proses biasa untuk membina antibodi anak anda secara natural. Oleh itu, sekiranya anak anda demam, anda boleh menyusu anak anda dengan lebih kerap. Lebih bagus sekiranya ibu menyusu mengambil vitamin kesihatan bagi memastikan anak anda juga dapat menyerap kebaikan nutrisi melalui susu badan.

Bagi anak anda yang sudah pun berumur satu tahun atau ke atas, anda boleh memberikan supplement kesihatan khas untuk kanak-kanak. Pilih vitamin yang mampu menguatkan antibodi kanak-kanak seperti Omega Guard, Nutreferon dan Chewable Vitamin C daripada Shaklee. Ketiga-tiga vitamin ini mampu mengurangkan kemungkinan kanak-kanak dari terkena sebarang penyakit terutama terutama jika anak anda ditinggalkan di taska ketika anda keluar bekerja.

Daripada pengalaman akak sendiri, Qistina dan Aleesya jarang sangat demam atau terkena penyakit lain setelah mengamalkan ketiga-tiga vitamin yang dicadangkan di atas.

Sebelum mengakhiri entry ini, suka akak kongsikan satu video youtube ketika Aleesya sedang menikmati Omega Guard & Chewable Vitamin C. Dia sangat sukakannya seolah-olah dua vitamin ini ibarat gula-gula pada dia.


                                                 

No comments:

Post a Comment