Assalamualaikum wbt..
Salam Sejahtera..
Memandangkan anak pertama dan kedua saya ialah perempuan, dah tiba masanya menggali ilmu bagaimana cara nak dapat bayi lelaki pulak. Aleesya pun dah tiga tahun lebih, dah cukuplah waktu berehat. Kena fikirkan cara nak tambah generasi pulak. Umur pun dah makin senja..Hihi..
Untuk hari ni, saya rangkumkan pencarian saya dalam satu artikel. Saya abadikan dalam blog supaya boleh menjadi rujukan untuk saya dan jugak anda semua.
Kromosom
Menurut Dr Hamid Arshat, para suami menghasilkan kromosom jenis X dan Y manakala isteri menghasilkan kromosom jenis X. Gabungan XX akan menghasilkan anak perempuan dan gabungan XY akan menghasilkan anak lelaki.
Kromosom X - jangka hayat lebih lama, kuat dan tahan dalam keadaan berasid dan bergerak perlahan
Kromosom Y- jangka hayat lebih singkat, laju dan tahan dalam keadaan beralkali
Tips Nak Dapatkan Baby Boy [XY]
- Lebihkan memakan makanan yang berasid seperti limau, nanas, mangga dan cuka
- Elakkan meminum air bergas sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum mencuba
- Lebihkan memakan seafood, zat-zat logam kalsium dan magnesium
- Bersama ketika waktu subur iaitu pada hari penetasan telur berlaku
- Tukarkan cairan faraj kepada alkali dengan melakukan 'douching' atau basuh faraj dengan satu alat khas dengan cara memasukkan cecair bikarbonat ke dalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum bersama. Cecair bikarbonat boleh dibeli dari farmasi
- Selepas bersama, isteri boleh tidur mengiring ke belah kanan. Minta izin suami jika anda membelakangkan suami.
Kalendar Kesuburan
Kalendar kesuburan yang dikongsikan ini boleh digunakan khususnya jika anda mempunyai haid yang tetap.
Hari Haid : 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 (10hari)
Hari Subur (Anak Lelaki): 11,12,13,14,15,16,17 (7 hari)
Hari Subur (Anak P’puan): 18,19,19,20,21,22,23 (7 hari)
Hari Tidak Subur: 24,25,26,27,28,29,30 (7 hari)
Berdasarkan kalendar diatas anda boleh sesuaikan dengan tarikh terakhir haid anda bagi mendapatkan tarikh yang sesuai untuk bersama suami bagi mendapatkan anak lelaki atau perempuan.
Sekiranya haid anda jatuh pada 23hb, maka sesuaikan dengan kalender tersebut di atas. Tulislah tarikh tersebut dengan tulisan kecil di bahagian atas kelender tersebut, supaya anda mendapat tarikh yang sebenar untuk bersama suami.
Walaupun masa haid anda hanya selama 6 atau 7 hari, tetapi telur akan mula berfungsi selepas hari ke 10.
Jadi pada hari ke 11 hingga 17 anda di dalam keadaan subur yang amat sangat dan kemungkinan untuk mendapat anak lelaki adalah cerah.
Mulai tarikh 18 hingga 23, adalah hari-hari untuk mendapatkan anak perempuan. Untuk itu, saya sarankan agar anda menggunakan masa (tarikh) ini sebaik mungkin untuk mendapatkan anak perempuan.
Bila tiba pada hari tidak subur di atas 24 hingga 25 (lagi seminggu nak period) puan akan rasa sakit2 badan, sakit kepala dan moody. Itu salah satu tanda puan akan didatangai haid dalam masa seminggu dan masa haid semula akan jatuh pada 30hb (selalunya akan tercepat atau selewat sehari)dari tarikh period terakhir.

Tips-tips dan saranan di atas hanyalah sebagai panduan. Teknik-teknik yang dikongsikan bukanlah tepat 100% kerana semuanya kuasa Allah. Tetapi tidak salah mencuba. Mana tahu Allah lihat usaha kita kan?
OK...kepada anda yang nak sangat baby, tetapi masih belum ada rezeki,jom baca info ni. Mana tahu dengan cara ni anda berpeluang untuk hamil.
tima kasih sis berkongsi.. salam kenal ;)
ReplyDelete