Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, April 22, 2014

Cara Mudah Untuk Hamil

Assalamualaikum wbt..
Salam Sejahtera..

"Akak, dah 4 tahun saya mencuba..masih takde rezeki"
"Dah cek semua ngan doktor, semua ok. tak tahu kat mana lagi silapnya"
"Masa anak pertama dulu senang lekat, kenapa la anak kedua ni tak jugak lekat.Hampir setahun dah ni mencuba"

Rintihan demi rintihan dan kebanyakannya dari kaum wanita. Alhamdulillah zaman sekarang, kaum lelaki tidaklah terlalu mendesak nakkan baby. Kebanyakan customer yang saya kendalikan mengatakan suami mereka sangat supportive. Suami turut menjalani ujian kesuburan. Tetapi masing-masing bukan menyerah sahaja, tetapi keep on mencari info-info berkaitan cara mudah hamil.

Jom saya kongsikan antara tips cara mudah hamil.
  • Semak semula berat ideal anda. Adakalanya berat badan seseorang mempengaruhi kesuburan seseorang. Masalah obesiti menghasilkan hormon tertentu yang menyukarkan ovulasi dan mengganggu kesuburan
  • Makan makanan yang berkhasiat. Tak lupa juga ambil sekali protein sihat dan juga zinc bagi meningkatkan tahap kesuburan. Protein
  • Sila berhenti merokok jika anda ialah suami atau isteri yang merokok
  • Berhenti meminum minuman beralkohol
  • Wajib tahu bila waktu subur anda. 
  • Banyakkan masa bersama pasangan. Apabila sentiasa bersama, sistem badan akan faham bahawa anda sedang cuba untuk hamil.
  • Banyakkan berdoa kepada Allah. Pohon daripada Allah agar dikurniakan anak yang soleh dan solehah

Tuesday, April 8, 2014

Cara Nak Dapat Baby Boy

Assalamualaikum wbt..
Salam Sejahtera..

Memandangkan anak pertama dan kedua saya ialah perempuan, dah tiba masanya menggali ilmu bagaimana cara nak dapat bayi lelaki pulak. Aleesya pun dah tiga tahun lebih, dah cukuplah waktu berehat. Kena fikirkan cara nak tambah generasi pulak. Umur pun dah makin senja..Hihi..

Untuk hari ni, saya rangkumkan pencarian saya dalam satu artikel. Saya abadikan dalam blog supaya boleh menjadi rujukan untuk saya dan jugak anda semua.

Kromosom

Menurut Dr Hamid Arshat, para suami menghasilkan kromosom jenis X dan Y manakala isteri menghasilkan kromosom jenis X. Gabungan XX akan menghasilkan anak perempuan dan gabungan XY akan menghasilkan anak lelaki.

Kromosom X - jangka hayat lebih lama, kuat dan tahan dalam keadaan berasid dan bergerak perlahan
Kromosom Y- jangka hayat lebih singkat, laju dan tahan dalam keadaan beralkali

Tips Nak Dapatkan Baby Boy [XY]

  • Lebihkan memakan makanan yang berasid seperti limau, nanas, mangga dan cuka
  • Elakkan meminum air bergas sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum mencuba
  • Lebihkan memakan seafood, zat-zat logam kalsium dan magnesium
  • Bersama ketika waktu subur iaitu pada hari penetasan telur berlaku
  • Tukarkan cairan faraj kepada alkali dengan melakukan 'douching' atau basuh faraj dengan satu alat khas dengan cara memasukkan cecair bikarbonat ke dalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum bersama. Cecair bikarbonat boleh dibeli dari farmasi
  • Selepas bersama, isteri boleh tidur mengiring ke belah kanan. Minta izin suami jika anda membelakangkan suami. 

Kalendar Kesuburan

Kalendar kesuburan yang dikongsikan ini boleh digunakan khususnya jika anda mempunyai haid yang tetap.

Hari Haid : 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 (10hari)
Hari Subur (Anak Lelaki): 11,12,13,14,15,16,17 (7 hari)
Hari Subur (Anak P’puan): 18,19,19,20,21,22,23 (7 hari)
Hari Tidak Subur: 24,25,26,27,28,29,30 (7 hari)


Berdasarkan kalendar diatas anda boleh sesuaikan dengan tarikh terakhir haid anda bagi mendapatkan tarikh yang sesuai untuk bersama suami bagi mendapatkan anak lelaki atau perempuan.

Sekiranya haid anda jatuh pada 23hb, maka sesuaikan dengan kalender tersebut di atas. Tulislah tarikh tersebut dengan tulisan kecil di bahagian atas kelender tersebut, supaya anda mendapat tarikh yang sebenar untuk bersama suami.

Walaupun masa haid anda hanya selama 6 atau 7 hari, tetapi telur akan mula berfungsi selepas hari ke 10.

Jadi pada hari ke 11 hingga 17 anda di dalam keadaan subur yang amat sangat dan kemungkinan untuk mendapat anak lelaki adalah cerah.

Mulai tarikh 18 hingga 23, adalah hari-hari untuk mendapatkan anak perempuan. Untuk itu, saya sarankan agar anda menggunakan masa (tarikh) ini sebaik mungkin untuk mendapatkan anak perempuan.

Bila tiba pada hari tidak subur di atas 24 hingga 25 (lagi seminggu nak period) puan akan rasa sakit2 badan, sakit kepala dan moody. Itu salah satu tanda puan akan didatangai haid dalam masa seminggu dan masa haid semula akan jatuh pada 30hb (selalunya akan tercepat atau selewat sehari)dari tarikh period terakhir.
Tips-tips dan saranan di atas hanyalah sebagai panduan. Teknik-teknik yang dikongsikan bukanlah tepat 100% kerana semuanya kuasa Allah. Tetapi tidak salah mencuba. Mana tahu Allah lihat usaha kita kan?




OK...kepada anda yang nak sangat baby, tetapi masih belum ada rezeki,jom baca info ni. Mana tahu dengan cara ni anda berpeluang untuk hamil. 



                                     



Tuesday, April 1, 2014

Cara Mendaftar Shaklee dan Kelebihan Jadi Ahli Shaklee

Assalamualaikum wbt..
Salam Sejahtera..

Rasanya Shaklee memang dah menjadi fenomena kelas atasan untuk perniagaan online. Alhamdulillah. Yang paling saya suka, produk Shaklee ialah produk yang stabil. Jika anda terlibat dalam bisnes Shaklee, anda tak perlu risau tentang trend produk. Maksud saya, orang ramai memang percaya mengenai produk Shaklee dari dulu dan sehingga sekarang dan in shaa Allah akan terus berpanjangan. Tidak seperti sesetengah produk yang sekejap tenggelam dan sekejap timbul. Bila dah tak stabil macam tu, kita jadi penat tertunggu-tunggu trend yang baru. Produk yang dah ketinggalan zaman tu menjadi tukun pulak kat rumah kerana tiada lagi permintaan.

Sama seperti saya sendiri yang telah pun melakukan bisnes online sejak 2008. Pelbagai benda saya jual. Dari barang-barang penyusuan, pakaian, kain pasang, baju kurung..tapi ianya sekadar bisnes sampingan yang tidak pernah beri saya kestabilan dalam kewangan. Berbeza sangat dengan Shaklee kerana kita boleh dapat 2 sumber kewangan. Bonus dari syarikat dan untung runcit. Bayangkan saya menjalankan bisnes sejak 2008 tetapi masih belum bersedia melepaskan jawatan sebgai jurutera. Dengan Shaklee, setahun sahaja mencuba, saya yakin untuk melepaskan jawatan kerana saya tahu Shaklee boleh beri lebih dan pendapatan makksimum sehingga menjangkau puluhan malahan ratusan ribu sebulan. 

Sebab itu ramai sangat yang makin berminat untuk menjadi ahli Shaklee dan ingin mengetahui apa kelebihannya apabila sudah menjadi ahli. Tetapi ada sesetengahnya tidak tahu bagaimana nak jadi ahli. Jadi hari ni saya akan kongsikan caranya ye.

Cara Jadi Ahli Shaklee

Ada dua cara untuk menjadi ahli Shaklee
  • Anda boleh buat bayaran sebanyak RM75 sebagai yuran keahlian seumur hidup. Dengan RM75 (termasuk RM10 postage) anda akan diberikan member kit yang mengandungi info produk, katalog dan juga sistem bisnes Shaklee. Tiga perkara ni sangatlah penting sekiranya anda ingin berbisnes secara serius bersama Shaklee.
  • Jika anda pengguna tegar Shaklee, ada caranya untuk anda mendapat keahlian Shaklee secara percuma. Caranya seperti di bawah:
    1. Buat belian baragan Shaklee yang anda biasa guna sekurang-kurangnya RM650 atau bersamaan 200UV. Jika rasa seperti amonut RM650 banyak, anda boleh tanyakan kawan-kawan atau saudara mara dan kumpul order dari mereka. 
    2. Atau pun jika anda sememangnya menggunakan Vivix secara rutin, buat belian sebanyak 2 botol dalam satu resit, anda akan dapat keahlian percuma. 
    3. Atau jika anda pengguna tegar kolagen, buat belian sebanyak 3 kotak, anda akan dapat keahlian percuma. 

  • Dengan belian sebanyak 200UV ini, anda berpeluang pula mendapat bonus sebanyak RM30+ pada bulan hadapan. Bermakna anda jimat lebih RM100 tau..Yuran keahlian (RM75) dan juga cash bonus (RM30+). Jadi untung sesangat..

    Bila hati dah nekad nak join Shaklee, apa yang perlu dibuat? 



    Anda hanya perlu hubungi saya samada pm di FB (Maria Awi) atau pun sms/whatsapp saya di 0146692610. Selepas membuat bayaran, anda hanya perlu berikan detail berkaitan dan saya akan register keahlian secara online. Mudah saja. Hanya selepas beberapa minit, anda akan mendapat ID Shaklee yang aktif. Mudah je kan?

                                                       



    Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee

    • Berkuatkuasa tahun 2014, semua ejen Shaklee wajib menjual produk Shaklee dengan harga retail kepada pelanggan yang bukan ahli. Maka, secara tidak langsung untung runcit setiap produk Shaklee boleh menjangkau lebih kurang 30% untuk satu-satu produk. 
    • Shaklee menawarkan 3 C kepada semua ejennya. Cash bonus, Car bonus & Convention Bonus. Cash bonus akan diberikan setiap pertengahan bulan berdasarkan pencapaian bulanan masing-masing. Banyak jualannya, makin banyak la cash bonus sehingga boleh mencapai 5 hingga 6 angka tau. Saya dah rasa 5 angka, sekarang berusaha untuk mencapai cash bonus 6 angka.
    • Selain Cash bulanan setiap bulan, ejen juga diberi keistimewaan untuk grab Car Bonus dan juga Convention Bonus. Alhamdulillah, saya telah merasai ketiga-tiga C yang Shaklee tawarkan ni. Syukur sangat-sangat.
    • Jika anda sertai Shaklee dengan kumpulan yang TEPAT, sudah tentu anda akan dididik dengan tepat bagaimana caranya untuk membuat bisnes dengan cara yang tepat. Apabila melakukan bisnes dengan cara yang tepat, maka mudahlah untuk anda menambah pendapatan dari sebulan ke sebulan. Dalam Shaklee, increament bulanan sebanyak seribu atau lebih dari seribu adalah perkara biasa. Sudah tentu anda tidak berpeluang memperolehinya sekiranya anda bekerja makan gaji.
    • Berpeluang menunaikan Umrah atau pun International trip secara VVIP treat. Bayangkan jika kita menunggu giliran dengan Tabung Haji, tak tahulah tahun berapa baru berpeluang untuk ke Mekah. Tetapi dengan Shaklee, Umrah anda fully sponsored by Shaklee. Duit bonus bulanan pula anda boleh simpan dan buat tabungan untuk ke Mekah. Tidak mustahil dengan Shaklee anda dapat menunaikan haji ketika usia muda. Selain Umrah, Shaklee juga menawarkan pelancongan kelas VVIP di luar negara. Lokasi untu tahun 2015 ialah Italy. Jadi tak rugi langsung jika anda bermula tahun ini dan tahun depan berpeluang jejakkan kaki ke Italy.
    • Bila berada dalam kumpulan yang tepat, anda tidak akan dibiarkan terkontang-kanting tanpa arah tujuan. Kumpulan kami benar-benar komited dalam membantu orang lain mendapat apa yang kami dapat ketika ini. Tunjuk ajar diberikan tanpa mengira waktu tetapi jangan risau, semuanya secara online sahaja. Sesekali terdapat seminar yang dianjurkan tetapi ianya lebih bersifat kekeluargaan dan optional kepada yang mahu hadirkan diri. Kebiasaanya terdapat juga aktiviti untuk anak-anak ketika ibu bapa kusyuk berseminar kerana tidak mahu kanak-kanak yang hadir keboringan. Sehinggakan panel seminar seperti Amin Idris (TV Al Hijrah) cakap seminar kami dah macam hari keluarga Shaklee.
    • Bisnes yang bukan sahaja dimonopoli oleh wanita. Suami juga dilibatkan sama. Dalam kumpulan saya, para suami juga mempunyai kumpulan khas untuk memastikan mereka faham kehendak, situasi dan target yang perlu dicapai oleh isteri mereka.
    • Seperti yang saya nyatakan di atas, Shaklee ialah satu platfrom bisnes yang sangat stabil. Ianya bukan fenomena sementara seperti produk-produk yang lain. Ianya digunakan sejak 50 tahun yang sudah sehingga sekarang, Terbukti secara klinikal dan halal menjadikan orang ramai tidak gusar untuk menggunakannya.
                                               

    Kerana kelebihan-kelebihan inilah makin ramai berpusu-pusu untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee. Jika anda juga salah seorang yang sangat teruja nak mendaftar, jangan lupa untuk hubungi akak melalui facebook atau terus sms/whatsapp 0146692610.

    Sejurus anda menjadi ahli Shaklee, saya terus serapkan anda dalam kumpulan khas kami. mari menjana impian dan harapan bersama Shaklee.


    Tuesday, March 18, 2014

    Punca Kanak-Kanak Demam Berpanjangan Dan Cara Atasi

    Assalamualaikum wbt..
    Salam Sejahtera..       

    Sebagai seorang ibu bapa yang prihatin kepada tahap kesihatan anak-anak, kita sememangnya mudah risau apabila anak mengalami demam atau apa jua penyakit yang lain. Lebih-lebih lagi jika anak tersebut sakit berpanjangan dan tidak lagi aktif seperti biasa. Justeru, ibu bapa akan melakukan segala yang terbaik demi memastikan tahap kesihatan anak sentiasa berada dalam keadaan memuaskan.

    Baru-baru ini, akak mendapat satu persoalan daripada pelanggan yang mencari vitamin untuk anaknya kerana anaknya sentiasa demam berpanjangan. Sihat sekejap, kemudian demam lagi. Kemudian, akak bertanya samada anaknya dihantar ke taska atau tidak. Jawapan ibu muda itu ya. Sebenarnya ia sesuatu yang normal sekiranya anak anda dihantar ke taska sering sakit lebih-lebih lagi jika anak anda kekurangan daya imunisasi badan. 

    Perlukah Risau Jika Kanak-Kanak Demam 

    Menurut Dr Zubaidi, doktor perubatan yang terkenal di Malaysia, demam bukanlah satu penyakit. Ianya sebagai indicator bahawa ada sesuatu yang berlaku kepada anak tersebut. Sebagai contoh jika anak anda mengalami sakit gigi, secara automatik anda anda juga akan demam kerana perubahan fisiologi. Perubahan fisiologi mungkin disebabkan faktor luaran seperti kurang minum air atau cuaca yang panas dan boleh juga anak anda sedang melawan jangkitan bakteria atau virus. Antibodi anak anda akan lebih tinggi daripada sebelumnya selepas pulih dari demam.


    Sebagai langkah selamat, anda perlu mengawasi perubahan suhu badan anak anda secara kerap. Sebaiknya anda menyimpan thermoter di rumah. Paling bagus jika anda mempunyai ear thermometer untuk mengambil suhu di bahagian rongga telinga. Sekiranya anak anda demam tetapi masih lagi aktif dan boleh bermain, anda tidak perlu risau dan tidak perlu memberi ubat demam atau antibiotik. Tetapi sekiranya demam berpanjangan dan anak anda sentiasa menangis,merengek dan tidak aktif, anda boleh ambil langkah segera dengan membawa anak anda ke klinik atau hospital. 


    Cara Atasi Demam

    Seperti yang disarankan oleh Dr Zubaidi, anak yang berumur kurang dari dua bulan tidak digalakkan untuk mengambil ubat demam. Anda boleh basahkan tuala kecil dengan air suam dan lapkan badan anak anda selama 30 minit. Elakkan membasahkan tuala dengan air sejuk kerana dikhuatiri anak anda akan menggigil kesejukan. Kaedah ini juga boleh digunakan untuk mengawal suhu anak anda yang berumur lebih dari dua bulan.

    Bagi ibu yang menyusu badan anak anda, selalunya antibodi anak anda akan lebih tinggi berbanding anak yang tidak menyusu badan. Walaubagaimana pun, tidak bermakna anak yang menyusu badan langsung tidak terkena sebarang penyakit. Demam atau penyakit lain yang menyerang anak anda adalah satu proses biasa untuk membina antibodi anak anda secara natural. Oleh itu, sekiranya anak anda demam, anda boleh menyusu anak anda dengan lebih kerap. Lebih bagus sekiranya ibu menyusu mengambil vitamin kesihatan bagi memastikan anak anda juga dapat menyerap kebaikan nutrisi melalui susu badan.

    Bagi anak anda yang sudah pun berumur satu tahun atau ke atas, anda boleh memberikan supplement kesihatan khas untuk kanak-kanak. Pilih vitamin yang mampu menguatkan antibodi kanak-kanak seperti Omega Guard, Nutreferon dan Chewable Vitamin C daripada Shaklee. Ketiga-tiga vitamin ini mampu mengurangkan kemungkinan kanak-kanak dari terkena sebarang penyakit terutama terutama jika anak anda ditinggalkan di taska ketika anda keluar bekerja.

    Daripada pengalaman akak sendiri, Qistina dan Aleesya jarang sangat demam atau terkena penyakit lain setelah mengamalkan ketiga-tiga vitamin yang dicadangkan di atas.

    Sebelum mengakhiri entry ini, suka akak kongsikan satu video youtube ketika Aleesya sedang menikmati Omega Guard & Chewable Vitamin C. Dia sangat sukakannya seolah-olah dua vitamin ini ibarat gula-gula pada dia.


                                                     

    Energizing Soy Protein Shaklee

    Weeeeeeeeehuuuuuu….

    Bulan ni excited sana sini cerita tentang ESP…
    Mana taknya…ESP satu canister sangat banyak fungsi tau bila digabungkan dengan vitamin lain.

    ✿Bila digabung bersama VITAMIN E = membantu masalah kulit yang kusam, eye bag dan lebam bawah mata. Amazingly, bukan hanya kulit wajah yang makin flawless, kulit tumit kaki yang kasar berduri pun boleh licin semula tau.Try it….saya dah cuba amalkan secara konsisten dan ia sememangnya menjadi!!!

    ✿ Bila digabung bersama ALFALFA = membantu masalah penyusuan para ibu. Bagaimana ia membantu? Tentu sekali sebagai pemberi sumber protein utama yang akan menjadi komposisi utama susu badan. Alfalfa membantu sebagai milk booster yang membantu membanyakkan susu. Gabungan kedua-dua vitamin ini sudah tentu memberi tenaga segera dan berpanjangan bagi sesetengah ibu yang letih menyusu.

    ✿ Bila digabung bersama OSTEMATRIX = melegakan masalah migrain. Tahukah anda, antara penyebab migrain adalah disebabkan kekurangan magnesium di dalam badan? Ostematrix adalah supplement yang bersumberkan kalsium dan magnesium. Jadi elok sangatlah penderita migrain ambil set migrain

    ✿ Bila digabung bersama VITALEA = terhasillah supplement superb yang memberi tenaga berpanjangan kepada ibu hamil. Highly recommended kepada  ibu hamil yang mempunyai DIABETIS kerana set ini mampu mengawal paras gula, ibu hamil yang ada bacaan HB yang rendah dan ibu hamil yang banyak sangat tanggungjawab sehingga badan merasa letih tak bermaya.

    ✿ Bila digabung bersama GLA COMPLEX = khas buat wanita yang telah lama menunggu kehadiran penyeri rumahtangga. GLA membantu menghasilkan lendiran kesuburan dan ESP membantu perlekatan telur-telur yang dihasilkan. Peluang untuk sperma menuju ke arah telur-telur ini dan bersenyawa menjadi lebih tinggi. Juga bagus untuk wanita yang telah banyak kali keguguran akibat rahim yang lemah.

    ✿ Bila digabung bersama PEPPERMINT GINGER PLUS = Bagi penderita gastrik, anda tentu tahu betapa peritnya apabila sakit menyerang. Ambil ESP sebelum makan dan rasailah perbezaan. Tentu sekali tiada lagi pedih perut. Ditambah pula dengan 2 biji peppermint selepas makan, tentu sekali perut tidak dimasuki angin dan sentiasa nyaman.

    ✿ Bila digabung bersama OMEGA GUARD = sesuai diambil ibu hamil bagi membekalkan kandungan omega, DHA & EPA kepada bayi dalam kandungan. Hasilnya?? Pengambilan fish oil sememangnya digalakkan dan telah sekian lama diamalkan oleh kaum paling bijak di dunia. Bayi anda berkemungkinan akan lebih bijak dan mempunyai IQ yang tinggi. Dengan izin Allah jua…

    ✿ Bila digabung bersama ZINC = hasilnya rambut hitam lebat, tiada masalah hujung rambut bercabang atau masalah keguguran rambut. Protein yang terdapat di dalam ESP membantu menguatkan folikel-folikel rambut yang menghalang daripada putus atau gugur. Dan kekurangan zinc sememangnya antara punca rambut bermasalah.

    ✿ Bila digabung bersama MEALSHAKES = bagus untuk anda yang sedang tercari-cari set weight gain. Gabungan keduanya memang membantu anda menaikkan berat badan dengan cara yang sihat. Bukan berat naik dengan lemak atau kolestrol yea..tetapi berat dengan otot yang menjamin kesihatan berpanjangan

    ✿ Bila digabung bersama PERFORMANCE DRINK = cuba shake kedua minuman ini bersama. Tambah ais maka memang menyegarkan. Bagi anda yang kerap bertugas sehingga lewat malam, pemandu teksi atau pekerja shift, anda wajib ambil kedua minuman ini. Selain menyegarkan,  ia juga memberi tenaga segera dan berpanjangan.

    ✿ Bila digabung bersama CINCH = Bertindak sebagai meal replacement. ESP ambil sebagai breakfast, CINCH sebagai dinner. Seminggu dah boleh nampak kesan positif. Cara menurunkan berat dengan selamat tanpa menggeleberkan bahagian badan anda. Otot anda masih terjaga walaupun berat dah turun. Bermakna hanya lemak dan kolestrol yang telah tiada.

    ✿ Bila digabung bersama KOLAGEN = Ni baru dikatakan set gebu gebas. Bila kedua ni bergabung, fungsi dah jadi macam botox dah, Tetapi cara halal dan tidak menyakitkan malah sedapppp…. Ambil secara konsisten, dan rasai perbezaan kulit wajah dan keanjalan mana-mana parts pada badan anda. Confirm suami jatuh cinta buat kali yang ke berapa ntah…hihi




    Best kan ESP ni??? Hanya mereka yang dah guna mengetahui kehebatan ESP the marvellesss..
    Bayangkanlah jika anda ada masalah kulit wajah, rambut gugur dan dalam masa yang sama menyusu dan ada gastrik, satu canister dah boleh settlekan masalah-masalah anda.
    Lebih jimat lagi jika anda buat belian bulan ni..

    Untuk dapatkan Combo ESP super best ni…
    Hubungi Maria|0146692610 (whatsapp/sms)

    Sunday, December 8, 2013

    Kenapa Saya Tidak Lagi Menjual Pam Susu

    Assalamualaikum wbt..
    Salam Sejahtera..

    Sungguh lama akak tak menjenguk blog ni. Ini pun akak jenguk sebentar untuk buat announcement yang akak tidak lagi menjual barangan menyusu. Sebab sejak bulan lepas sangat ramai yang hubungi akak untuk bertanyakan pasal pam susu. Maaf, akak tidak lagi mengambil sebarang tempahan pam penyusuan.

    Kerana apa akak tinggalkan bisnes pam susu yang sangat akak sayang ni??Boleh baca perkongsian dari akak di sini:

    Wednesday, January 23, 2013

    Cara Nak Join Shaklee & Faedah Menjadi Ahli Shaklee

    **Entry ini diambil dari entry blog Shaklee akak iaitu , JSJG

    Assalamualaikum semua pengunjung..

    Salam Maulidur Rasul untuk semua. Semoga dengan kedatangan bulan ini menyemarakkan lagi rasa kecintaan kita terhadap junjungan besar Rasulullah saw. jom kita jadikan zikir dan selawat ke atas baginda Rasulullah saw sebagai rutin harian. Akak pun kadang-kadang asyik lupa dan sekarang cuba untuk perbaiki diri.

    Ok, berbalik kepada tajuk di atas, akak pernah kongsikan di ENTRY INI sebelum ini. Tapi hari ni, akak lebih teruja untuk bercerita kerana BONUS/CEK yang akak terima tempoh hari. Kerana bulan lepas, akak tidak meletakkan apa-apa target kerana hujung tahun akak perlu siapkan setiap dateline dokumen-dokumen di ofis. Tapi, rezeki untuk akak tetap ada dan Allah sampaikan kepada akak melalui cek dari Shaklee. Alhamdulillah...Terima kasih kepada SUPPORT GROUP akak kerana banyak sharing ilmu-ilmu hebat berkaitan menjana pendapatan melalui Shaklee.

    Jadi, akak terpanggil untuk sharing juga dengan pengunjung blog akak ni bagaimana untuk jana pendapatan melaluli Shaklee.Telah ramai orang kita, bangsa kita dan agama kita yang berjaya dan sekarang menjana pendapatan sehingga 6 angka. Korang tak nak ke? Akak nakkkkkk........kalau anda teruskan pembacaan, bermakna anda berminat dan sesekali dengarlah kata hati anda ya...

    Cara Nak Join Shaklee

    Ada dua cara untuk join dan jadi ahli Shaklee:

    1. Anda hanya perlukan modal RM65 ( tambah rm10 untuk kos pos) untuk menjadi ahli Shaklee. RM65 adalah lifetime fees ya. Apabila anda sudah membayar sebanyak RM65, anda akan memperolehi ID no dan dibekalkan dengan starter kit yang mempunyai segala info mengenai Shaklee. Di dalamnya juga terdapat guide mudah untuk kita target jualan bulanan kita. Sekiranya anda berminat untuk jana pendapatan, anda perlu dalami starter kit ini. Anda yang hanya mahu menggunakan produk untuk tujuan peribadi juga boleh menjadi ahli dan menikmati pembelian barangan Shaklee dengan harga ahli. 
    2. Cara kedua, anda perlu membeli barangan sejumlah RM66-680 di dalam satu resit. Dengan ini, anda layak diberi FREE MEMBERSHIP. Anda boleh berkongsi belian bersama ibu,ayah, kawan-kawan dan anda akan mendapat FREE MEMBERSIP. 

    Faedah Menyertai Shaklee

    Sudah tentulah banyak faedahnya. Kalau tidak, masakan akak berminat..hehe. Antaranya
    1. Setiap barangan yang anda beli daripada Shaklee mempunyai unit volume (UV). Sekiranya pembelian anda mencapai UV tertentu, UV tersebut kemudiannya akan ditukarkan ke dalam bentuk cash/cek. Bermakna setiap wang yang anda laburkan untuk pembelian barangan Shaklee akan diganti semula. Apatah lagi jika anda menjualnya kepada orang lain. Sudah tentu nilai cash yang anda dapat mencapai nilaian 5-6 angka. Anda nak tak? Akak nakkkkkk......
    2. Apabila jualan semakin meningkat, Shaklee menawarkan ganjaran Bonus Kereta, Convention, Pelancongan (termasuk Umrah)..Wahh...sangat best ni. Anda nak tak? Akak nakkkk.....
    3. Financial Freedom yang dicanang-canang oleh orang yang telah memilikinya membuat hati akak ni membuak-buak bersemangat sharing dengan korang tentang Shaklee. tak join tak tahu. Bila dah join, baru nampak jalan. Kebanyakan mereka yang sudah berjaya sudah pun berhenti kerja dan menikmati kehidupan yang lebih free. Boleh atur dan susun jadual menghantar anak ke sekolah, ke kelas usrah. namun, bukan bermakna mereka tidak perlu melakukan apa-apa lagi. dengan kata lain, makan hasil orang lain. Mereka masih lagi perlu sharing marketing plan bersama anak-anak Shaklee yang baru. Ibarat kata mereka mempunyai empayar Shaklee yang dikemudi oleh mereka sendiri. Korang nak tak tak perlu mengadap bos di pejabat?Akak nakkkk.....................
    Ok, kalau dah banyak sangat nak, apa kata sertai akak di Shaklee. Setiap group Shaklee adalah berbeza. Tapi akak sangat yakin dengan group akak dan akak sendiri sudah nampak hasiknya walaupun baru 2 bulan sertai Shaklee. Group kami melakukan online coaching bagi membantu new comers. Setipa permasalahan dibantu dan support each other.

    Jika anda berminat menyertai kami di Rangkaian Kumpulan Tersebar dalam Shaklee malaysia, usah teragak-agak lagi. Emel saya d stormmaria14@gmail.com atau whatsapp/sms ke 014 669 2610 (Maria Awi). Akan akak kenalkan anda dengan orang yang banyak memberi suntikan semangat dan yang telah mengubah gaya pemikiran dan kehidupan akak. Biar apa yang kita lihat itu semuanya berpotensi menukarkannya ke dalam bentuk wang.

    Jadi, apa tunggu lagi??FAST ACTION, FAST RESULT!!!!!!!


    POWER PUMPING


    Assalamualaikum...

    Kalau anda ibu menyusu, anda mesti biasa mendengar istilah POWER PUMPING. Apa sebenarnya power pumping? Ia adalah kaedah untuk meningkatkan production susu untuk ibu-ibu yang mungkin mempunyai masalah production susu. Selain itu, antara mereka yang sesuai menggunakan kaedah ini ialah:


    • Ibu yang cuba menyusu anak angkatnya
    • Ibu yang terpaksa buat stok susu yang banyak dalam tempoh yang singkat kerana ke out station, atau terpaksa menjalani pembedahan
    • Ibu yang relactation. Mungkin anaknya sudah berhenti menysu selama beberapa bulan dan ibunya mengambil keputusan untuk menyusu kembali
    • Expressing Pumping mother (saya pernah melalui fasa ini)..baby yang dilahirkan tidak ingin menyusu secara terus, sebaliknya menggunakan botol yang diisi dengan susu badan.

    Kaedah POWER PUMPING

    Kaedah ini boleh digunakan sama ada anda menggunakan teknik perahan menggunakan tangan, pam manual, pam elektrik single, mahupun pam elektrik double. Sekiranya anda menggunakan tangan untuk memerah, anda boleh perah selama 10 minit di sebelah kanan, kemudian berhenti selama sepuluh minit, dan kemudian perah lagi di sebelah kiri selama sepuluh minit. Ulangi step tersebut sehingga satu jam. Begitu juga dengan pam manual mahupun electric single pump.

    Kalau menggunakan electric double pump seperti MEDELA FREESTYLE, anda boleh memerah secara serentak selama sepuluh minit. Berhenti selama sepuluh minit dan kemudian sambung pam lagi selama sepuluh minit sehinggalah satu jam.

    Kaedah ini sangat disarankan untuk dilakukan sekurang-kurangnya sekali sehari. Waktu terbaik adalah ketika di awal pagi, dari jam 1 atau 2 pagi sehinggalah subuh kerana ketika waktu ini, hormon prolaktin sedang meningkat. Tetapi harus diingat, ketika di peringkat permulaan mencuba POWER PUMPING, bukanlah susu ada atau bertambah secara mendadak. Ia mengambil masa. In Shaa Allah, sekiranya istiqamah, rezeki untuk baby ada…


    collection of breastmilk..WOW!!!!!!


    Tips penting POWER PUMPING

    •                    Sentiasa sabar dan istiqamah
    •                    Dapatkan pam yang sesuai dan tidak menyakitkan
    •                    Minda harus positif dan dalam keadaan yang tenang. Tidak melakukannya ketika sedang rushing
    •          Amalkan doa dan zikir supaya sentiasa tenang dan dikurniakan kemudahan sepanjang proses     penyusuan
    •                  Dapatkan vitamin-vitamin dan MILK BOOSTER YANG SESUAI
    Harap pesanan ini bermanfaat dan kita semua Berjaya memberikan yang terbaik untuk anak kita…Amin


    Berminat untuk mencuba?
    pm/whatsapp/sms ke 014 669 2610 (maria awi)

    Kaedah Marmet Untuk Ibu Menyusu


    Assalamualaikum semua 

    Apa khabar anda semua hari ni..harap-harap semua bersemanagt ye sempena bulan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. 

    Hari ni akak [dah tukar title seiring dengan penigkatan usia ;) ] nak ceritakan satu teknik memerah susu yang agak glemer di kalangan ibu menyusu. Ia adalah kaedah MERMET..iaitu kaedah memerah susu dengan menggunakan tangan. Akak memang minat kaedah ini sebab hanya perlu pastikan tangan dalam keadaan bersih. Pump parts tak ada kena mengena...hehe...Lagipun teknik ni banyak akak gunakan untuk anak akak yang no 2 sebab akak expressing mom waktu tu :). 

    Akak nak cerita lebih-lebih pun tak pandai sangat sebab ia melibatkan paraktikal. Apa yang akak boleh kongsikan sebelum memulakan kaedah ini, sebaiknya sediakan satu tuala bersih sebab susu mungkin terpercik keluar dari kawasan tadahan susu (macam geografi pulak). Selain itu, urut payudara dulu sebelum memulakan sesi memerah. Dan paling penting, jangan menolak ke atas dan ke bawah ibu jari, boleh sebabkan kulit melecet jika anda kerap menggunakan kaedah ini. 

    Kesimpulan dari teknik ini, agak lenguh di bahagian tulang belakang, namun sangat berpuas hati apabila melihat hasilnya. Bab sakit tulang belakang tu, boleh amalkan INI. Amat membantu. 

    Untuk lebih pencerahan mengenai kaedah ini, akak bagi link youtube untuk anda belajar ye. Mungkin agak sensored, tetapi tanamkan adalam fikiran, ia untuk pembelajaran.

    VERSI REAL

    Sunday, January 20, 2013

    Tandem Nursing


    tandem nursing
    Alhamdulillah. Saya hamil lagi. Sudah 11minggu. Amru pula masih menyusu badan. Tiada tanda-tanda Amru nak wean off. Makin kerap menghisap adalah. Jadi saya akan memasuki satu lagi fasa penyusuan. Iaitu tandem nursing.
    Tandem nursing by definition adalah menyusukan 2 kanak-kanak. Tak kira sama ada serentak atau tidak. Kanak-kanak tu sama umur (macam dalam situasi twins atau multiple pregnancy) atau tak sama umur (adik-abang). Kadang-kadang tandem nursing digunakan untuk menerangkan situasi di mana ibu mengandung yang menyusukan anaknya yang bagi saya penggunaan istilah tandem nursing agak melencong di sini. Tandem bermaksud “in conjunction” dan pada asalnya istilah tandem diguna pakai untuk menerangkan basikal 2 tempat duduk. Tandem nursing.
    bicycle
    Seperti saya cerita dalam post sebelum ini berkenaan menyusu semasa mengandungmenyusu semasa mengandung tidak akan membahayakan kandungan. Jadi apa pula kesan tandem nursing? Adakah si adik akan mendapat susu yang kurang?
    Kadang-kadang anak yang sedang menyusu akan wean sendiri semasa kita mengandung. Ini disebabkan perubahan pada rasa susu badan yang bercampur dengan colostrum. Semasa mengandung juga disebabkan perubahan hormon kunatiti susu akan berkurangan. Sekiranya anda mengandung ketika anak masih kecil (poor spacing) anda mungkin berhadapan risiko anak kecil anda wean off ketika masa dia sangat memerlukan susu badan anda.
    Saya belum lagi merasa pengalaman tandem nursing. Tetapi daripada pembacaan dan kajian saya beberapa perkara boleh dibuat untuk membantu penyusuan anda dan saya. Jom kita tengok satu per satu tips tandem nursing berjaya.
    1. Utamakan bayi baru anda. Anak anda yang lebih ‘senior’ boleh mendapat sumber nutrien yang lain sekiranya susu badan anda tidak cukup.
    2. Berikan bayi baru anda breast yang lebih penuh supaya dapat susu yang lebih.
    3. Anak anda yang lebih besar dapat menolong anda mengurangkan engorgement. Berikan anak anda yang lebih besar menghisap breast yang engorge kerana mereka lebih kuat menghisap dan lebih berpengalaman. Setelah kurang engorgement bolehlah anda berikan kepada bayi baru anda menghisap.
    4. Dapatkan diet yang sihat dan minum banyak air
    5. Dapatkan bantuan nasihat daripada lactation consultant atau breastfeeding support group.
    6. Berkongsi masalah dan pendapat anda dengan para ibu yang juga tandem nursing.
    7. Dapatkan rehat secukupnya. Menyusukan seorang anak sudah meletihkan apatah lagi tandem nursing. Digalakkan untuk menyusu sambil baring supaya anda dapat berehat semasa menyusu dan dapat berbaring selepas menyusukan anak-anak.
    8. Dapatkan buku Adventures in Tandem Breastfeeding. Saya sendiri belum dapatkan buku ini.
    Adventures-in-Tandem-Nursing
    Wallahu’alam
    Set berpantang Shaklee
    Set Berpantang Shaklee
    Shaklee set menyusu
    Set Menyusu Shaklee
    Dapatkan set penyusuan Shaklee, dan set berpantang Shaklee dari saya. 
    BERMINAT NAK MENCUBA??

    boleh sms/wasap ke 014 669 2610
    email : stormmaria@gmail.com


    ANAK JARANG SAKIT DENGAN MEALSHAKES, ESP & OMEGA GUARD

    Assalamualaikum semua....

    Semoga anda semua dilimpahi kehidupan yang sihat..Amin. Seperti yang saya janjikan di dalam ENTRY YANG LEPAS, saya ingin kongsikan fungsi setiap vitamin & dos pengambilan yang sesuai untuk MEALSHAKES, ESP & OMEGA GUARD untuk meningkatkan sistem ketahanan badan anak-anak, seterusnya mengelakkan mereka sering mendapat sakit.

    Jom saya ringkaskan supaya anda mudah faham ya.


    Ia adalah makanan tambahan untuk kanak-kanak seawal setahun yang diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain. Lactalbumin adalah bahan terbaik yang mengandungi protin yang sangat mudah berkualiti dan mudah diserap oleh tubuh. 

    Ia mempunyai 24 jenis vitamin, mineral dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Antara kebaikan dan fungsinya adalah seperti berikut :
    • Membantu tumbesaran dan pembinaan tulang
    • Membekal nutrisi hebat untuk pembinaan kuku, sel-sel kulit, organ, darah, imun dan lain-lain.
    • Anti oksida yang berupaya untuk melawan penyakit.
    • Fungsi Detoksifikasi yang membantu membuang lemak yang berlebihan melalui sistem perkumuhan

    Bagaimana dos pengambilan MEALSHAKES?

    Campurkan 2 sudu besar mealshakes bersama ESP/susu anak anda. Ia juga boleh diminum begitu sahaja tanpa campuran lain atau dikisar bersama buah-buahan. Jika nak masih di bawah umur dua tahun, memadai satu sudu kecil dimasukkan ke dalam susunya. Ambil 3-4 kali seminggu.

    • OMEGA GUARD

    Omega Guard adalah minyak ikan terbaik di dunia di mana ia mengandungi ekstrak ikan laut air sejuk. Ia bukan dari minnyak hati ikan.  iammengandungi EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. 

    Antara manfaat utama Omega Guard untuk kanak-kanak adalah:
    • Meningkatkan sistem imun badan dan menyihatkan paru-paru. 
    • memperbaiki alahan kulit seperti eczema, bronkitis, penyakit lelah,.
    • Manentang kanser

    Bagaimana dos pengambilan OMEGA GUARD?

    Untuk kanak-kanak di bawah 2 tahun, hanya sebiji diperlukan setiap hari

    ESP Shaklee diiktiraf di seluruh dunia kesan dari kajian klinikal yang sangat komprehensif. Ia merupakan satu-satunya produk yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan manusia. 

    Antara manfaat utama ESP adalah:
    • Membekalkan tenaga segera
    • Mampu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
    • Boleh mencegah migrain, insomnia dan tekanan
    • mampu untuk memberikan memori yang baik

    Bagaimana dos pengambilan ESP?

    Boleh campurkan satu sudu besar di dalam mealshakes atau diminum begitu sahaja.

    Mudah bukan untuk mengekalkan kesihatan anak-anak2. Sekiranya anak yang masih di bawah umur setahun dan meminum susu badan, anda sebagai ibu juga boleh mengamalkan vitamin-vitamin ini dan In Shaa Allah segala nutrien dan manfaat vitamin ini turut dikongsi bersama anak anda melalui susu badan.

    Kepada ibu-ibu yang sering pening dan bimbang tahap kesihatan anak-anak, jom dapatkan vitamin-vitamin ini daripada saya. Boleh dapatkan konsultation saya kerana saya juga memberikan anak-anak saya vitamin-vitamin ini....


    Mahukan lebih consultation?
    hubungi saya saja saya melalui:
    emel stormmaria14@gmail.com atau boleh 
    pm/whatsapp/sms ke 014 669 2610

    B Complex Shaklee~ Lengkap dan Istimewa


    Assalamualaikum pengunjung yang dirahmati Allah...

    Pada hari ini saya berharap sangat ada ibu hamil sedang membaca entry saya kali  ini. Kerana ianya penting sangat. Berkenaan B Complex.

    Setiap dari kita yang hamil tentu ada yang pergi ke klinik kesihatan untuk membuat pemeriksaan bulanan kan? Dan ingat tak kita akan dibekalkan dengan beberapa jenis vitamin termasuk B Complex dan Folic Acid? Bila sudah dibekalkan doktor, tentu sekali penting vitamin tersebut kan? Jadi, jom kita zzappp sekali imbas manfaat dan kandungan B complex yang best ni =)



    Manfaat B Complex

    1. Menukar makanan/lemak dan karbohidrat kepada tenaga
    2. Melawan tekanan dengan memastikan fungsi saraf dapat berjalan dengan baik.
    3. Membantu tumbesaran bayi di dalam rahim
    4. Mengurangkan risiko  kecacatan otak dan tulang belakang bayi ketika di dalam rahim
    5. Mengurangkan masalah keletihan mata
    6. Elok untuk meredakan pms/senggugut

    Bagaimana Memilih B Complex yang Betul?

    1. B Complex yang lengkap adalah B complex yang mengandungi kesemua 8 vitamin - B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana yang dicadangkan oleh RDA. Kesemua 8 vitamin ini harus diambil secara serentak
    2. Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin
    3. Elakkan mengambil B Complex yang larut ait (sustain release)
    Namun, tahukah anda vitamin B Complex yang dibekalkan KK tidak cukup 8 vitamin? Di dalam B Complex KK hanya mengandungi B1, B2, B3 dan asid folik secara berasingan. Jadi anda masih kekurangan B5, B6, B12 dan biotin. 



    KLIK SINI untuk fungsi lain B Complex Shaklee



    Mahukan lebih consultation?
    hubungi saya saja saya melalui:
    emel stormmaria14@gmail.com atau boleh 
    pm/whatsapp/sms ke 014 669 2610

    Thursday, January 3, 2013

    BERJAYA MENYUSU ANAK SEHINGGA LEBIH DUA TAHUN DENGAN SET MENYUSU SHAKLEE


    Assalamualaikum….

    Lately, saya mendapat banyak pertanyaan tentang perbandingan set penyusuan SHAKLEE. Untuk yg baru nak mencuba, mungkin sedikit confuse kerana kami mempunyai 3 set yang berbeza. Mungkin dengan penerangan di bawah boleh membantu kita semua k…
    Ok…set penyusuan SHAKLEE ada 3 plan/set yg berbeza:

    1-SET B
    Set ini terdiri daripada Vita Lea, B Complex, Vitamin C & Alfalfa. Vitalea & Vitamin C berfungsi sbg multivitamin yg mampu meningkatkan kecerdasan mental & ketahanan dr jangkitan. Kita sedia maklum proses menyusu memang memerlukan seseorang yg sentiasa sihat kerana apabila berada dalam keadaan sakit & tidak tenang, pengeluaran susu juga akan merudum. Alfalfa pula adalah agent memperbanyakkan susu & mempercepatkan pengeluaran susu. Selain itu alfalfa juga membantu masalah sembelit & boleh mengurangkan eczema yg dihadapi bayi baru lahir manakala Vitamin B Complex pula berfungsi untuk pertumbuhan otak & emosi.

    2-SET E
    Set ini pula adalah gabungan SET B + Ostematrix. Ostematrix adalah pengganti kepada kalsium. Sangat sesuai bagi ibu yang kurang gemar mengambil susu. Semua sedia maklum, susu @ kalsium sangat diperlukan untuk ibu menyusu kerana sebahagian daripada zat & nutrisi yang dimakan telah di’share’ dengan babynya. Jika kita tiada masa untuk membancuh susu & menjadikan itu sebagai alasan, jangan terkejut sekiranya anda akan mengalami masalah tulang sebelum menginjak usia tua. Jadi SET E sangat sesuai untuk golongan ini ye.

    3-TRIPLE M
    Set ini paling banyak membantu ibu-ibu yang mengalami masalah penyusuan. Ia adalah gabungan SET E + ESP. ESP adalah protein soya yang mampu memekatkan susu & membuatkan baby anda tidur lena kesan dari kepekatan susu yang terhasil. Set ini sangat dicadangkan kepada ibu2 yang:

    1.      Ingin menyimpan stok
    2.      Ibu yang ingin Berjaya tandem nursing
    3.      Ibu yang ingin relaktasi
    4.      Ibu yang exclusive pumping (anak tidak direct menyusu)
    5.      Ibu yang mahukan susu untuk anaknya BANYAK+PEKAT+BERKUALITI



    Sekarang sudah tahu nak pilih yang mana…atau masih memerlukan consulatation saya?Boleh saja sms/wasap ke 014 669 2610


    FB PAGE:
    JOM SIHAT JOM GOJES
    PM/WASAP KE:
    014 669 2610

    untuk info lanjut, boleh tengok SINI